tentang i-richment

Apa itu i-Richment?

i-RICHMENT adalah program atas talian bagi ibu bapa, guru-guru dan penjaga kanak- kanak yang mempunyai masalah perkembangan pertuturan dan bahasa yang lewat. Pelajari teknik-teknik khusus untuk memperkayakan perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda.

Mengapa i-Richment?

i-Richment dilahirkan kerana timbul kesedaran tentang permintaan dan keperluan rehabilitasi untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah lambat bertutur secara menyeluruh dan ramai ibu bapa masih mencari solusi untuk membantu anak mereka. Anda pasti akan dapat melihat perubahan yang ketara dengan latihan secara atas talian, kerana mereka akan dapat belajar secara berterusan dan konsisten mengikut matlamat yang ditetapkan. 

  • Tidak perlu menunggu temujanji
  • Boleh diakses dimana-mana sahaja
  • Harga yang berpatutan
  • Melengkapkan terapi yang sedia ada
  • Tema yang berbeza setiap minggu
  • Latihan yang menarik dan komprehensif
  • Perkembangan anak boleh dikongsi dengan terapis

Modul Kami

EARICHMENT

Program pembelajaran aural rehabilitasi atas talian bagi ibubapa, guru-guru dan penjaga yang mempunyai anak bermasalah pendengaran dan kelambatan pertuturan-bahasa

SPEERICHMENT

Program pengajaran secara atas talian bagi ibu bapa mempelajari teknik-teknik terapi pertuturan yang dicipta khas untuk kanak-kanak dengan spektrum autism, sindrom yang pelbagai, dan lain-lain.  

SPEAK DIFFERENTLY

Merupakan program pengajaran komunikasi alternatif secara atas talian yang direka khas untuk membantu individu yang bermasalah komunikasi kompleks. Mengikut tahap umur dan laras bahasa dan kemahiran yang sesuai dengan umur mereka.   

KEnali Pengasas i-Richment

Dr Shasa Aziz

( BSc (UK), Au.D (US) )
Audiologist

Dr Nur Shasa’ Ain binti Tan Sri Abdul Aziz adalah pengasas dan Ketua Audiologi di Eartistic Hearing and Balance Centre. Beliau telah menerima Lesen Kedoktoran Audiologi (Au.D) dengan kepujian dari NOVA Southeastern University, Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2011 dan Sarjana Muda Audiologi (BSc) pada tahun 2008 dari University College of London (UCL), yang telah disahkan oleh American Insititute of Balance (AIB),  Cognitive Behavioral Therapy (CBT) Beliau merupakan doktor yang berkelayakan untuk menjalan penilaian bagi bunyi-bunyi yang berada di peringkat yang berbahaya. Beliau telah mengasaskan i-Richment pada tahun 2016 apabila dia melihat semakin ramai ibu bapa memerlukan lebih banyak bantuan untuk membantu anak-anak mereka dengan spektrum autisme dan gangguan pendengaran semasa hari-hari awal pembukaan Pusat Pendengaran dan Imbangan Eartistic.  Sebagai seorang ibu sendiri, dia sangat gemar mempraktikkan latihan otak kanan untuk anak perempuannya. i-Richment disokong oleh banyak agensi sebelum ia dilancarkan dan juga sehingga ke hari ini. Antaranya adalah Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Platform pemulihan atas talian untuk ibu bapa, guru dan penjaga yang ingin mempelajari teknik-teknik khusus dalam memperkayakan bahasa dan pertuturan anak anda.

IRICHMENT

No. 48-G, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor.
P: +60 3-552 46575
E: irichment@gmail.com

Copyright © 2017-2019 | iRichment by Eartistic Hearing & Balance Centre | All Rights Reserved