Perkembangan Otak Anak Anda

"Otak kita adalah alat yang hebat" Dr Glenn Doman.

Pada saat seseorang bayi itu dilahirkan, bayi itu lengkap dengan satu juta juta (1,000 000 000 000) sel otak, atau neuron. Otak kita sahaja organ yang mengambil masa lebih lama untuk matang daripada mana-mana organ lain. “Saiz” dari segi jumlah sel-sel otak tidak meningkat tetapi, bilangan sel- sel berhubung  antara sel meningkat dan jumlah sel-sel berhubung itu meningkat ditentukan dengan cara otak dipelihara dan dikembangkan. Setiap bayi ini bermula dengan peringkat yang sama. Kita sebagai dewasa yang menjaga anak itu bertanggungjawab untuk mencorak dan mewarnai hidup mereka. Apa yang mereka lalui akan membezakan perkembangan anak-anak ini dari satu sama yang lain.

1) Perkembangan otak  bahagian 1:

  1. Pertumbuhan embrio bermula pada usia 8 minggu di dalam kandungan

2) Perkembangan otak  bahagian 2:

  1. 10 minggu selepas kelahiran bayi

3) Semakin anak ini membesar, neuron-neuron ini akan tumbuh lebih besar dan lebih kuat dan bahagian korteks serebrum, “bahagian pemikiran” yang duduk di bahagian atas otak, menjadi lebih tebal dan berdaya tahan.

Umur

% perkembangan berat otak untuk mencapai berat otak dewasa

6 bulan

50%

2 ½ tahun

75%

5 tahun

90%

Ada beberapa aspek anak-anak ini yang harus dikembangkan dan antaranya adalah Kognisi, Bahasa dan Komunikasi, Kemahiran Motor Halus, Kemahiran Motor Kasar, Deria- deria, Imajinasi dan kreativiti dan Kecerdasan Emosi. Oleh kerana itu, pendedahan permainan yang kita berikan pada anak kita, boleh di aturkan supaya kita dapat mencapai potensi yang paling hebat untuk anak-anak ini walaupun anak-anak ini mempunyai masalah-masalah perkembangan tertentu.

Sebab itu, kita perlu membuat habilitasi awal sebelum umur anak-anak ini mencecah umur 5 tahun dan pada masa itu, perkembangan otak sudah kukuh dan susah untuk mempelajari ilmu baru seperti perkembangan Pertuturan Bahasa dan Komunikasi.

0
Cool Number

Mulakan habilitasi awal untuk perkembangan yang cepat dan membantu mereka ke sekolah aliran perdana.

Blog Completion
Web Designer 78%
Blog Completion
Web Designer 78%

Hantar email anda dan dapatkan notifikasi bagi tips-tips terbaru dari i-Richment