Sokongan terapi di rumah pertama di Malaysia

Sebuah program atas talian bagi ibu bapa, guru-guru dan penjaga kanak-kanak  yang mempunyai masalah perkembangan pertuturan dan bahasa yang lewat. Daftar sekarang untuk mendapat worksheet mingguan percuma!

Atasi masalah kelewatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa anak anda sekarang

Ramai ibu bapa mengeluh masih ingin memahami teknik-teknik tertentu untuk membantu anak-anak mereka. Sama ada untuk mengajar, mendengar ataupun mengawal anak-anak luar kawalan di rumah mahupun di luar. i-Richment dilahirkan kerana kesedaran apabila semakin ramai kanak-kanak yang mempunyai masalah lambat pertuturan secara menyeluruh dan ramai ibu bapa masih mencari solusi untuk membantu anak mereka.

Dapatkan bantuan untuk pembelajaran anak anda.

Ketahui bagaimana cara untuk mendorong peningkatan kebolehan bertutur anak anda melalui latihan-latihan teruji kami. Dapatkan maklumat lanjut mengenai jenis-jenis terapi yang bersesuaian untuk anak anda sekarang.





kandungan eksklusif kami

SPEERICHMENT

Tingkatkan penguasaan bahasa anak anda. Pelajari teknik-teknik terapi pertuturan secara atas talian dan aplikasikannya di rumah bersama anak anda. Kenalpasti masalah kelewatan pertuturan pada anak anda dan pantau perkembangan bahasa anak anda dengan program kami.

EARICHMENT

Mulakan komunikasi dengan latihan yang komprehensif dan menyeronokkan. Dengan tema yang menarik dan berbeza untuk dipelajari setiap minggu. Modul - modul dalam Earichment membantu anda untuk kenalpasti dan membentuk perkembangan komunikasi anak anda.

SPEAK DIFFERENTLY

Ketahui bagaimana modul-modul Speak Differently membantu anak anda berkomunikasi dengan penggunaan bahasa dan pertuturan yang terhad. Program kami menggunakan teknik yang sesuai dengan tahap umur dan kemahiran setiap individu dalam lingkungan umur yang sama.

koleksi video pembelajaran kami

speerichment

Sesuai untuk:
  • Kanak-kanak Autism
  • Kanak-kanak dengan Sindrom
  • Kanak-kanak dengan Palsi Serebral
  • Kanak-kanak ADHD & ADD
  • Kanak-kanak dengan masalah pendengaran
  • Kanak-kanak kurang rangsangan

Earichment

Sesuai untuk:
  • kanak-kanak umur 1 - 4
  • kanak-kanak yang memakai alat bantu pendengaran
  • kanak-kanak dengan koklear implan

Speak Differently

Sesuai untuk:
  • Kanak-kanak hingga golongan dewasa
  • Individu dengan Palsi Serebral
  • Individu dengan spektrum Autism
  • Individu dengan Apraksia & Disarthria
  • Individu dengan kepelbagaian Sindrom
  • individu tiada diagnos & dengan masalah komunikasi

pelbagai jenis sumber latihan

koleksi video

Lebih dari 100 video dari pelbagai modul pembelajaran, dengan pengkhususan terhadap aktiviti hands on sesuai untuk pembelajaran secara persendirian di rumah.

lagu dan nyanyian

Lebih dari 100 koleksi lagu dengan tujuan terapi untuk sesi pembelajaran, yang digunakan sebagai salah satu bahan untuk sesi sing-along bersama anak ataupun anak didik anda.

carta semakan

Semak pencapaian anda bersama anak anda dengan carta semakan khusus untuk menyemak tahap pembelajaran dan keberkesanan aplikasi modul anda.

Hubungi kami

Kami bersedia menjawab sebarang pertanyaan dan berkongsi pengetahuan tentang penjagaan kanak – kanak dengan keperluan khas.







turut disokong oleh

Platform pemulihan atas talian untuk ibu bapa, guru dan penjaga yang ingin mempelajari teknik-teknik khusus dalam memperkayakan bahasa dan pertuturan anak anda.

IRICHMENT

23A, Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Kadir, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.

P: +6013 207  1003
E: irichment@gmail.com

Copyright © 2017-2019 | iRichment by Eartistic Hearing & Balance Centre | All Rights Reserved